Friday 23 November 2012

Ucapan Tuai Rumah


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berlandaskan pada peribahasa tersebut, penduduk di sini telah berjaya mendirikan sebuah rumah panjang yang selesa untuk dihuni oleh para penghuninya.
                                                           
Pembinaan rumah panjang ini sudah sekian lama di dalam perancangan. Atas sebab kewangan, niat tersebut telah di tunda untuk beberapa kali.

Sejak April 2010, para penduduk rumah panjang memulakan proses pembinaan walaupun  belum mendapat bantuan daripada pihak yang berwajib. Ini termasuklah meratakan tapak, menyediakan bahan binaan, mencari tukang dan sebagainya.

Pada 25hb September 2010, para penduduk terbabit dengan bantuan penduduk rumah panjang berdekatan, telah bergabung tenaga dan berjaya mendirikan struktur sebuah rumah panjang walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui.

Selaku Tuai Rumah dan Pengerusi JKKK untuk rumah panjang ini, adalah harapan saya supaya setiap perancangan dari segi memantapkan tahap ekonomi, kemajuan persekolahan anak-anak, pembentukkan akhlak yang murni dan usaha menyediakan suasana harmoni  di kalangan penduduk akan tercapai dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment