Di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Berlandaskan pada peribahasa tersebut, penduduk di sini telah
berjaya mendirikan sebuah rumah panjang yang selesa untuk dihuni oleh para
penghuninya.
Pembinaan rumah panjang
ini sudah sekian lama di dalam perancangan. Atas sebab kewangan, niat tersebut
telah di tunda untuk beberapa kali.
Sejak April 2010, para penduduk
rumah panjang memulakan proses pembinaan walaupun belum mendapat bantuan daripada pihak yang
berwajib. Ini termasuklah meratakan tapak, menyediakan bahan binaan, mencari tukang
dan sebagainya.
Pada 25hb September 2010,
para penduduk terbabit dengan bantuan penduduk rumah panjang berdekatan, telah bergabung
tenaga dan berjaya mendirikan struktur sebuah rumah panjang walaupun pelbagai
rintangan terpaksa dilalui.
Selaku Tuai Rumah dan
Pengerusi JKKK untuk rumah panjang ini, adalah harapan saya supaya setiap
perancangan dari segi memantapkan tahap ekonomi, kemajuan persekolahan
anak-anak, pembentukkan akhlak yang murni dan usaha menyediakan suasana
harmoni di kalangan penduduk akan
tercapai dengan jayanya.